Tuesday, 1 May 2012

10 GAMBAR INOVASI

DOKTOR GUNA IPAD UNTUK BANTU RAWAT PESAKIT

BNEI BRAK, Israel - Doktor-doktor di Hospital Mayanei Hayeshua di sini diberikan komputer tablet iPad setiap seorang untuk membantu mereka mengetahui rekod kesihatan para pesakit.

Mereka menggunakan komputer itu untuk memeriksa rekod pesakit, imbasan sinar-x dan melihat keputusan ujian-ujian perubatan.

Komputer iPad itu yang menggunakan bahasa Ibrani juga boleh digunakan untuk mengakses maklumat dari luar hospital supaya doktor-doktor boleh memberi bimbingan kepada rakan sekerja mereka pada setiap masa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hospital berkenaan, Dr. Yoran Liwer berkata, kualiti gambar yang menakjubkan pada skrin komputer iPad kini membantu para doktor untuk merevolusikan urusan penjagaan pesakit.

ROBOT DIGUNA BAGI BANTU PESAKIT STROK

Seorang pesakit menggunakan robot untuk menggerakkan kaki dan tangannya di Pusat Pemulihan Lanjutan Terapeutik, Hospital Tan Tock Seng di Singapura pada 18 November lalu.  

SINGAPURA - Pusat Pemulihan Lanjutan Terapeutik (CART) di Hospital Tan Tock Seng milik pemerintah di sini menggunakan gajet canggih termasuk robot untuk pesakit strok dan palsi serebrum yang menjejaskan pergerakan kaki dan tangan.


 GULA DARIPADA SERBUK KAYU

 

DR Mimi Sakinah menunjukkan gula ringkas dihasilkan daripada habuk kayu pada ITEX ke-21 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. UMP hasil pemanis sesuai sebagai alternatif pesakit diabetes. GULA ringkas, Sorbitol, digunakan secara meluas sebagai pemanis makanan terutama di kalangan pesakit kencing manis kerana ia lebih mudah diserap badan untuk penghasilan tenaga.
Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menemui kaedah lebih murah dan berkesan bagi menghasilkan gula itu dengan menjadikan habuk kayu sebagai bahan mentah serta teknologi hijau untuk menghasilkannya. Ketua projek, Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim, berkata habuk kayu sesuai digunakan sebagai bahan mentah kerana ia mengandungi selulosa yang boleh diproses menjadi gula ringkas.

ROBOT KECIL MASUK USUS BERJAYA DICIPTA




Para penyellidik di Singapura berjaya mencipta satu robot kecil yang mempunyai cangkuk dan penyepit yang boleh mengeluarkan kanser perut peringkat awal tanpa meninggalkan sebarang parut.
Penciptaan robot itu dibuat berdasarkan pergerakan seekor ketam dan ia dimasukkan ke dalam perut melalui mulut pesakit.

Doktor melihat kandungan dalam perut manusia menerusi kamera yang terdapat pada alat endoskop yang terdapat pada robot tersebut. Penciptaan robot itu dibantu oleh pakar usus, Profesor Lawrence Ho di Univerisiti National Singapura.


PRODUK KESUKARAN MELAKUKAN AMBULASI

 
 Produk Kesukaran Melakukan Ambulasi ke atas
pesakit terlantar ciptaan para penyeledik Universiti Sains Malaysia (USM)

 DEWAN BEDAH TERCANGGIH DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN dewan bedah berteknologi tinggi di negara ini dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kesihatan ke tahap yang lebih tinggi malah, boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Usaha yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak beberapa tahun lalu kini patut diberi pujian kerana mereka berjaya membangunkan sebuah dewan bedah berdefinisi tinggi (HD) yang dinamakan OR1 bagi memastikan pesakit dibedah dalam suasana yang lebih selamat.
kondusif dan peralatan penyelesaian lebih ergonomik pula dibekal oleh syarikat penyediaan peralatan pembedahan, Karl Storz dari Jerman menjadikan bilik bedah OR1 lebih dinamik. Ia sekali gus menggalakkan pelancongan kesihatan yang semakin popular hari ini.
Istimewanya dewan itu kerana berupaya membantu pakar bedah menjalankan pembedahan melalui pengawalan sistem peralatan perubatan selain boleh mengadakan lintas langsung atau telekonferens dengan pakar sama ada di dalam atau luar negara.

MASIMO-PULSE OXYMETER



 
 Masimo adalah peralatan yang dicipta untuk memudahkan kerja doctor dan juga jururawat. Peralatan ini dapat membantu dalam menganalisa tahap oksigen dalam darah daripada seseorang pesakit dan juga dapat menganalisa tahap keracunan karbon monoksida di dalam darah pesakit bagi menyelamatkan pesakit daripada bahaya. 

PRONTO-7: NONINVASIVE SPOT-CHECK HEMOGLOBIN
Mesin  yang dicipta ini dapat menilai tahap hemoglobin dalam diri pesakit dengan cepat dan tepat tanpa menyakiti pesakit.Mesin  ini telah dicipta oleh”Masimo Corporation company”di California, untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

MOTION COMPUTING : TABLET KOMPUTER BERINOVASI

Jururawat menggunakan” Electronic Tablet” untuk  mendokumentasikan data pesakit. Ianya adalah hasil ciptaan James O. Mckinsey asalnya dari seorang professor dari Universiti Chicago dan kini telah mencipta peralatan tersebut dibawah American Companies.
Jururawat menggunakan” Electronic Tablet” untuk  mendokumentasikan data pesakit. Ianya adalah hasil ciptaan James O. Mckinsey asalnya dari seorang professor dari Universiti Chicago dan kini telah mencipta peralatan tersebut dibawah American Companies.

JAMBAN LIPAT


Jamban lipat diperkenalkan oleh Robert Hamilton dari Jepun. Dipraktikkan oleh pesakit-pesakit yang susah untuk bergerak pada mulanya. Namun, lama-kelamaan semakin ramai yang mendapatkannya bagi kegunaan harian contohnya untuk pergi bercuti di hutan. Ianya senang digunakan dan mudah dibawa kerana boleh dilipat.































No comments:

Post a Comment