MEMBUDAYAKAN ICT DIKALANGAN JURURAWAT
Penggunaan ICT dapat membantu jururawat dalam menjimatkan masa dan dapat memberikan perhatian yang penuh terhadap pesakit.selain daripada itu juga jururawat boleh mengetahui tentang penyakit pesakit seseorang itu dan boleh carried out nursing care plan dengan mudah. dapat melahirkan jururawat yang celik IT dan mempergunakan segala ilmu yang dipelajari untuk mengajar generasi yang akan datang dan juga dapat menaikkan darjat seorang jururawat.
MEMBUDAYAKKAN ICT DIKALANGAN JURURAWAT
ReplyDeleteKEYAKINAN DIRI DAN SIKAP TERHADAP ICT
Persediaan dan penerimaan jururawat terhadap perkembangan dan pengaruh ICT dalam kehidupan seharian bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Jururawat perlu menyediakan diri mengikut tren teknologi perubatan terkini bagi mencapai harapan klien yang semakin menigkat.
LAPORAN KEJURURAWATAN
Setiap laporan kejururawatan yang disediakan oleh jururawat perlulah menggunakkan komputer. Dengan adanya kemudahan seperti ini, kemahiran jururawat berkaitan ICT ini dapat di tingkatkan lagi.
SISTEM ONLINE
Mewujudkkan sistem online setiap pesanan yang hendak di buat . Contohnya pesanan ubatan pesanan barang stor , pesanan darah dan sebagainya. Ini adalah penting untuk jururawat mempraktikkan penggunaan teknologi komputer dan menggurangkan penggunaan boring pesanan. Oleh demikian, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesilapan dalam pemberian rawatan. Sebagai contoh, penggunan system OMS di wad, yang mana telah memudahkan jururawat untuk memperolehi keputusan darah pesakit yang telah di hantar ke makmal. Sistem ini juga dapat mempermudahkan jururawat dan doktor memberi perawatan segera bagi mengelakkan komplikasi kepada pesakit.
KURSUS BERKAITAN ICT
Mewujudkkan kursus berterusan berkaitan ICT kepada setiap jururawat. Para jururawat perlu di beri pendedahan dan ilmu yang boleh di praktikkan bagi mempermudahkan urusan perawatan kepada pesakit di dalam wad.
PERANAN ORGANISASI
Organisasi memainkkan peranan yang penting dalam membudayakan ICT di kalangan jururawat. Organisasi perlu menyediakkan peralatan komputer yang mencukupi di setiap wad supaya jururawat dapat menjalankan perawatan yang segera terhadap pesakit. Program-program berkaitan ICT juga perlu diadakkan secara berterusan supaya setiap pekerja terutamanya jururawat dapat memperbaiki kelemahan dalam penggunaaan computer disamping dapat menambahkan ilmu berkaitan ICT.
NAMA : SUZELAH SELAMAT
NO. MATRIKS: A 135261
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN (SEPARUH MASA)
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2
SEMESTER : 2 (2011/2012)
i agree with you. we should upgrade ourself
ReplyDeleteLangkah - langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:
ReplyDelete1. Memperkenalkan kaedah e-pembelajaran di IPT dengan lebih meluas memalui kaedah ini dapat meningkatkan prestasi akademik. Pihak IPT juga dapat mewajibkan setiap pelajar melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam e-pembelajaran.
2. Kerajaan perlu menambahkan inisiatif dalam sistem Inovasi Negara, iaitu melalui sokongan fizikal dan insentif kewangan. Usaha gigih akan digerakkan ke arah mempertingkatkan modal insan bagi memperkukuhkan kemampuan dan keupayaan teknologi untuk menyokong pertumbuhan dorongan inovasi.
3. Menganjurkan ekosistem inovasi terbuka dengan perkongsian pengetahuan antara syarikat korporat, masyarakat, institusi penyelidikan dan universiti. Keutamaan yang paling tinggi akan diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berorientasikan pasaran dan meningkatkan kadar penghormatan R&D.
4. Mengadakan operasi secara besar-besaran tentang kesedaran teknologi inovasi dalam media massa dan media elektronik. Kemajuan penyebaran dan penggunaan pengetahuan dalam teknologi akan dipertingkatkan bagi mengubah nilai kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi negara.
5.Dalam mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam pendidikan untuk memproses mengenai pengetahuan serta menggalakkan inovasi, satu pendekatan holisik akan diterima pakai bagi memperkukuhkan Sistem Inovasi Kebangsaan (NIS) untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing.
NAMA : FARIDAH HANIM BINTI ABDUL RAHMAN
NO. MATRIKS: A 135260
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN (SEPARUH MASA)
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2
SEMESTER : 2 (2011/2012)
Penjanaan ICT di kalangan jururawat boleh dicapai jika semua pihak memainkan peranan terutamanya pengurusan kejururawatan.Ini dengan cara menghantar jururawat yang ada supaya menghadiri kursus bagi menambahkan pengetahuan tentang ICT dan tidak ketinggalan dengan kecanggihan ICT yang ada.Oleh itu jururawat dapat memberikan perawatan yang terbaik kepada pesakit dengan mendapat maklumat di hujung jari.
DeleteICT memainkan peranan penting dalam kejururawatan sekarang ini.Semua sistem dalam kejururawatan menggunakan teknologi terkini.Jika jururawat masih 'buta IT' bagaimana hendak maju.Oleh itu jururawat haruslah mengambil inisiatif dan merebut peluang untuk berjaya dan dapat memberikan perawatan yang lebih berkualiti dan berpengetahuan .
ReplyDeletePihak pengurusan hospital perlu peka dengan keperluan IT, dimana ia dapat memberi input kepada para pesakit terutama dari segi ilmu dan pengetahuan terkini mengenai rawatan, pengubatan penyakit terkini khasnya. Jururawat perlu diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan itu mereka berpeluang diberi pendedahan tentang penggunaan IT dengan lebih mendalam lagi
ReplyDeleteSangat bersetuju dengan kenyataan di atas, di mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
Delete“Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”
NOR RINA MAHAWAR (A134817)
Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan di atas.Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT.Bagi merealisasikan matlamat tersebut banyak pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menjayakan matlamat ini.Kemudahan peralatan mencukupi seharusnya perlu disediakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran hospital dapat membantu jururawat melakukan tugasan dengan cekap dan lancar.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien
ReplyDelete